Tuesday, June 22, 2010

Kenali Wanita Melalui Unsur

WANITA TANAH
==============
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak
#Taurus (21 April-20Mei)
#Virgo(24Ogos-23 September) dan
#Capricon(22 Disember-20 Januari).

* Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
* Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
* Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan.
* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita tanah harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA API
==========
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak
#Aries(21 Mac-20 April)
#Leo(24Julai-23 Ogos)
#Sagittarius(23 November-21 Disember).

* Dilahirkan sebagai pemimpin.
* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
* Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN
==============
Mereka ini lahir di bawah lambang
#Gemini(22 Mei-21 Jun)
#Libra(24 September-23 Oktober) dan
#Aquarius(21 Januari-19 Februari).

* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
* Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
* Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR
==========
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
#Cancer(22Jun-23 Julai)
#Scorpio(24 Oktober-22 November) dan
#Pisces(20 Februari-20 Mac).

* Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
* Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
* Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
* Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

No comments:

Post a Comment