Tuesday, June 22, 2010

Lelaki

1] Lelaki Takut Komitment

Bukan maksud tak de teman istimewa, ada masanya hubungan yang terjalin tu dah bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan untuk membina ikatan rasmi tu mcm tak pernah wujud dalam diri diorg. Karier dan kehidupan sosial sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.

P/S: blom sampai seru la bak kata org tua² kan..


Review: Sekiranya si dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu. -- serius, ni aku no komen!
[2] Lelaki Rasional

Keperibadian lelaki kategori ni tergambar menerusi penampilan luarannya (fuh..ayat..!) Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka tu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berpewatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya tu. Mereka juga dianggap suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang agak pemarah.

Review: Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam kategori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.

P/S: mungkin juga lelaki kategori ni adalah pilahan mak² mertua di luar sana.. diorg ni bley dilabel sbg matured la gak.. matang dlm berfikir kan.. mungkin kah korang??
[3] Lelaki Konservatif

Antara term yg paling aku suka.. Konservatif! Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaannya.

Review: Berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. Bagi lelaki konservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.

P/S: tapi ada orang kata, org yg berfikiran konservatif ni agak ketinggalan takut takut nak hadapi real life. Apa yg dia percaya adalah apa yg dia yakin percaya je.. Susah gak sbb dia tak nak terima apa yg mungkin dan telah berubah.. iye dak..??

No comments:

Post a Comment